Analisa Sains Tahun 3
Untuk tahun 3 tidak berapa banyak tajuk yang ada namun setiap tahun akan naik satu tajuk untuk kertas 2. Antara tajuk yang telah diuji ialah "tumbuhan" dan "tanah". Jadi tajuk yang belum diuji ialah :
1. Manusia - gigi
2. Haiwan - ciri-ciri fizikal haiwan dan jenis gigi dengan tabiat pemakanan ( herbivor, karnivor, omnivor ).
3. Magnet
4. Penyerapan
5. Asas teknologi
Jom kita tengok sedikit huraian tajuk-tajuk di atas ....
Tajuk : Manusia
1. Murid boleh menamakan jenis-jenis gigi manusia serta kegunaannya - taring, kacip dan geraham.
2. KPS - membanding bezakan set gigi susu dan kekal dengan tepat ( aspek bilangan, kekuatan, jangka hayat )
3. Melabelkan struktur gigi dengan betul ( Emak Din Suka Seluar Dalam Gusti ) : Enamel / dentin / saraf / salur darah / gusi.
4. KBAT - mempraktikkan penjagaan gigi dengan betul
Tajuk : Haiwan
1. Dapat mengetahui ciri-ciri litupan badan haiwan : bercangkerang, berbulu pelepah, berbulu, bersisik.
2. Dapat mengetahui sifat fizikal anggota badan haiwan : berkaki, bersayap, berekor, bertanduk, berparuh, berkuku tajam.
3. Cara haiwan membiak : bertelur, melahirkan anak.
4. habitat haiwan : hidup di air, hidup di darat, hidup di darat dan air.
5. KBAT - membanding beza ciri-ciri haiwan.
6. Menghubungkait gigi haiwan dengan tabiat pemakanan : karnivor, omnivor, herbivor.
7. KBAT - menganalisa jika haiwan hanya mempunyai satu tabiat pemakanan tetapi situasi makanan berkurang / tiada.
Tajuk : Magnet
1. Menamakan magnet dengan betul : magnet butang, cincin, bar, silinder, ladam, U.
2. Mengitlak tindakan magnet berdasarkan kedudukan kutub : Contoh : magnet A menolak magnet B / magnet A menarik magnet B.
3. Menyatakan maksud bahan magnet dengan betul.
4. Dapat membuat kesimpulan kekuatan sesuatu magnet berdasarkan eksperimen.
5. KBAT - Aplikasi kegunaan magnet / aplikasi menjaga magnet supaya tidak rosak.
6. KBAT - aplikasi mencipta objek menggunakan magnet.
7. Mengenalpasti kutub setiap magnet. Tumpukan juga kutub magnet butang yang mana satu.
Tajuk : Penyerapan
1. Mengelaskan objek menyerap dan kalis air.
2. Membuat urutan jenis bahan mengikut keupayaan menyerap air berdasarkan aktiviti.
3. KBAT - kepentingan bahan menyerap dan kalis air kepada kehidupan manusia.
4. KBAT - mencipta objek dengan menggunakan bahan menyerap air ( kayu mop dengan kain tuala lama) atau kalis air ( baju hujan daripada plastik sampah ).
Tajuk : Asas teknologi
1. Dapat memilih set binaan dan menerangkan fungsinya : gear, motor, gegancu, takal, roda.
2. Dapat menceritakan langkah-langkah memasang atau membuka hasil binaan berdasarkan gambar di beri.
3. KBAT - kepentingan membaca manual / menyimpan komponen dengan baik / menceritakan hasil binaan.
No comments:
Post a Comment