Monday, September 24, 2018

Analisa Sains Tajuk Tahun 4

Analisa Sains  UPSR Tahun 4

Berikut sedikit analisa tajuk-tajuk yang belum keluar 2016 dan 2017.

Tajuk  :  Proses Hidup Manusia

1. Merangkumi aspek penyoalan bahagian-bahagian yang terlibat semasa bernafas.
  Menarik nafas - hidung --------- trakea ---------- peparu
  Menghembus nafas - peparu --------- trakea ------- hidung
2. Dapat menyatakan perubahan pergerakan dada semasa menarik dan menghembus nafas.
   Menarik nafas  - dada mengembang  // menghembus nafas - dada mengempis
3. Mengitlak kadar pernafasan bergantung kepada jenis aktiviti yang dilakukan.
4. KBAT - kepentingan melakukan aktiviti bersenam.
5. Menyatakan maksud proses perkumuhan dan penyahtinjaan.
6. Menyatakan organ dan hasil perkumuhan / penyahtinjaan.
7. KBAT - Kepentingan proses perkumuhan dan penyahtinjaan kepada manusia.
8. Dapat menjelaskan contoh organ deria manusia bergerak balas terhadap rangsangan.
9. KBAT - kepentingan gerakbalas rangsangan kepada manusia.
10. Mengelaskan ciri individu mengikut induknya/ keturunannya.
11. Menyatakan 3 ciri pewarisan : jenis rambut / warna kulit / rupa paras.
12. Mengelaskan tabiat buruk dan baik manusia.
13. KBAT - kesan tabiat buruk dan cara mengatasinya.
14. KBAT - tindakan yang boleh diambil sebagai murid jika kawan melakukan tabiat buruk.



Tajuk   : Proses Hidup Haiwan

1. Dapat memberikan contoh haiwan dan organnya : peparu - burung, harimau.... insang - ketam, ikan, berudu .... kulit lembap - katak, cacing .... spirakel - belalang, rama-rama, ulat beluncas .... dua organ : katak, newt, salamender - peparu dan kulit lembap.
2. Mengelaskan haiwan mengikut organ pernafasan.
3. Memberi inferens mengapa haiwan yang mempunyai 2 oragan pernafasan.



Tajuk  :  Proses Hidup Tumbuhan

1. Menyatakan bahagian tumbuhan yang bergerakbalas terhadap rangsangan : akar --- air / graviti, pucuk ---- cahaya matahari,  daun semalu ---- sentuhan.
2. Membuat hipotesis tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan.
3. Dapat melukis bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan.
4. KBAT - menghubungkait gerakbalas rangsangan dengan kepentingan proses fotosintesis.
5. Menyatakan maksud proses fotosintesis dan keperluan semasa fotosintesis dan hasil fotosintesis.
 ( CAKK + OK )
6. KBAT - kepentingan fotosintesis kepada manusia dan haiwan.
7. KBAT - kesan jika tumbuhan tidak menjalankan fotosintesis.
8. Melakarkan proses fotosintesis dalam bentuk rajah.


Tajuk   :  Pengukuran

Tajuk ini amat luas namun murid perlu menguasai semua subtopik seperti panjang, luas, isipadu, jisim, masa.

1. Tahu semua maksud pengukuran di atas.
2. Mengelaskan alat tidak piawai dan piawai bagi setiap pengukuran di atas.
3. Menguasai cara mengukur, dan kepentingan menggunakan alat piawai berbanding alat bukan piawai.
4. Menguasai cara menggunakan alat termometer, neraca 3 palang, jam randik, kertas graf untuk mengira luas tidak sekata, kaedah sesaran air.
5. KBAT - mereka cipta alat-alat pengukuran yang sesuai berdasarkan bahan diberi.
6. Mengetahui unit yang betul dan alat yang sesuai untuk mengukur objek.
7. Menyusun langkah-langkah mengukur yang betul dari awal hingga akhir.


Tajuk  : Sifat Bahan

1. Dapat menyatakan sumber asas bahan dan mengelaskan objek mengikut sumber asas bahan.
2. Menaakul sebab objek dibuat menggunakan sumber asas bahan tersebut.
3. KBAT - mereka cipta objek daripada sumber asas bahan supaya sesuai dengan penggunaannya.
4. Dapat menyatakan bahan menyerap air, bahan kalis air, boleh terapung di atas air, tenggelam dalam air, konduktor elektrik, penebat elektrik, konduktor haba, penebat haba, kenyal, bahan lut sinar, bahan lut cahaya, bahan legap.
5. KBAT - Apa terjadi jika objek dibuat daripada bahan yang salah : contoh tuala daripada kain sintetik.


Tajuk : Sistem Suria

1. Murid perlu mengetahu ahli sistem suria dan susunan planet yang betul.
2. Dapat membuat hipotesis perkaitan jarak planet dari matahari dengan tempoh masa peredaran lengkap.
3. Dapat membuat jadual / graf daripada maklumat yang diberi.
4. Merumuskan planet dalam sistem suria berputar pada paksinya dan beredar mengelilingi matahari mengikut orbit masing-masing.
5. Menyatakan anggaran saiz dan jarak relatif Bumi, Bulan dan Matahari.
6. KBAT - kesan jika berlaku perubahan jarak di antara Bumi dan Matahari.
7. KBAT- melukis / simulasi Bumi, Bulan dan Matahari dengan nisbah objek lain seperti guli, sagu, dan bola.


Tajuk   : Teknologi

Untuk tajuk ini, muris seharusnya membaca semua kandungan dalam buku teks kerana pelbagai konstruk dapat ditanya melalui tajuk ini. Selamat membaca...

No comments:

Post a Comment

Lawatan Ke Pusat Sains Wilayah Utara, Gunung Keriang.

Lawatan Ke Pusat Sains Wilayah Utara Gunung Keriang, Kedah Darul Aman Tarikh : 1 Oktober 2018 Masa : 8.00 a.m to 1.45 p.m Guru Pe...