Sunday, September 23, 2018

Analisa Sains Tahun 6 UPSR 2018

Assalamualaikum w.b.t
         Hanya tinggal sehari sahaja lagi calon-calon UPSR akan menduduki UPSR 2018 yang akan menentukan hala tuju mereka pada tahun 2019. Penulis akan cuba untuk berkongsi sedikit maklumat yang mungkin akan membantu semua calon dalam mengulangkaji subjek Sains secara seringkas yang mungkin.
         Penulis akan membincang secara terperinci tajuk tahun 6 dahulu dari segi analisis tajuk-tajuk yang belum keluar semenjak KSSR dilaksanakan semenjak 2016 dan 2017. Tahun ini adalah tahun ketiga UPSR menggunakan DSKP Sains, sudah tentu tajuk-tajuk yang belum keluar masih belum tepu dan masih mempunyai ruang yang besar untuk diuji. Ok jom kita lihat analisa tajuk yang belum keluar .

Tajuk     : Mikroorganisma


Apa yang perlu calon kuasai bagi tajuk ini dan apakah yang boleh diuji dalam tajuk ini ?

1. Calon perlu mengetahui 5 jenis mikroorganisma dan contoh-contoh mikroorganisma seperti bakteria, virus, alga, protozoa dan kulat. Pastikan juga calon kenal rupa bentuk mikroorganisma tersebut.

2. Calon juga mungkin diuji tentang 3 proses hidup mikroorganisma. Apa 3 proses itu ? INGAT TNB.

T = Mikroorganisma bertumbuh, N = mikroorganisma bernafas, B = mikroorganisma bergerak. 
Pastikan calon masih ingat semua eksperimen yang telah dijalankan semasa awal tahun ini.

3. Calon juga boleh diuji faktor pertumbuhan mikroorganisma. Ada berapa faktor pertumbuhan mikroorganisma. Ya ada 5 faktor.... bagaimana nak ingat ? Ingat SUKAN... 

S = Suhu yang sesuai, U = Udara, K = Keasidan yang sesuai, A = Air, N = Nutrien.
Semua faktor di atas membantu pertumbuhan mikroorganisma dengan cepat.

4. Antara subtopik lain dalam tajuk ini yang boleh diuji ialah calon perlu ketahui beberapa kesan buruk dan faedah mikroorganisma, dapat menjana idea langkah-langkah mencegah penyakit berjangkit  dan menghubungkait pertumbuhan mikroorganisma dengan proses pembuatan makanan.


Tajuk : Interaksi antara hidupan


Bagi tajuk ini, calon perlu kuasai dan mempunyai banyak pengetahuan am sendiri.

1. Paling penting calon perlu ingat maksud interaksi antara haiwan ( intraspesies dan interspesies ).
2. Calon juga boleh diuji haiwan yang hidup secara berkumpulan dan bersendirian dan kelebihan serta kekurangan bagi setiap cara hidup haiwan ini. Pastikan calon tahu sekurang-kurangnya 3 kebaikan dan kekurangan cara hidup haiwan yang dibincangkan...
3. Dalam tajuk ini juga, calon perlu memerihalkan faktor persaingan haiwan seperti bersaing untuk mendapatkan makanan terhad, air terhad, pasangan terhad, ruang/ kawasan terhad, tempat tinggal terhad.
4. Calon juga boleh disoal tentang maksud interaksi antara haiwan seperti simbiosis : mutualisme, komensalisme, dan parasitisme    ( pastikan beri contoh dan penerangan yang tepat ).

5. Bagi tajuk tumbuhan, calon akan disoal faktor persaingan antara tumbuhan ( Ingat CNAR ) , dan menjelaskan jenis interaksi antara tumbuhan.

6. Paling penting bagaimana calon dapat menghubungkaitkan interaksi antara tumbuhan dengan proses fotosintesis serta kesan-kesan interaksi tumbuhan terhadap hidupan lain seperti manusia dan haiwan (KBAT).


Tajuk  : Pemeliharaan dan pemuliharaan


Tajuk ini tidak berapa besar sangat skopnya tetapi ia boleh berhubungkait dengan tajuk interaksi haiwan, tajuk isu alam sekitar seperti bahan buangan dan sebagainya.

1. Calon perlu ketahui beberapa haiwan dan tumbuhan yang telah pupus dan sebab asbabnya. Contoh burung dodo yang pupus akibat telurnya yang dimakan oleh haiwan lain dan diburu oleh pelayar yang singgah di Pulau Mauritus.
2. Mungkin juga calon ditanya faktor-faktor yang menyebabkan haiwan dan tumbuhan diancam kepupusan serta cara mengatasinya.
3. Menyenaraikan 3 langkah cara-cara memelihara dan memulihara haiwan dan tumbuhan.
4. Mengetahui maksud memelihara dan memulihara berdasarkan rujukan buku teks.



Tajuk  : Bahan buangan


1. Calon-calon boleh diuji contoh-contoh bahan buangan seperti plastik, kaca, logam, kertas, sisa makanan, bahan kumuh dan tinja.

2. Perlu mengetahui maksud bahan buangan terbiodegradasikan dan bahan buangan tidak terbiodegradasikan serta dapat mengelaskan bahan buangan tersebut sama ada bahan buangan terbiodegradasikan atau tidak... emmmmm mudahkan kalau rajin membaca....
3. Murid dapat berfikirbagaimana menguruskan bahan buangan ini melalui amalan 3R dan kesannya kepada alam sekitar dan hidupan jika bahan ini tidak diurus dengan baik...



Tajuk  : Buruj


Tajuk ini selalu penulis tekankan dan telah naik dalam percubaan baru-baru ini. Rasanya semua calon sudah kuasai tajuk ini. Ok jom kita lihat sepintas lalu...

1. Calon perlu dapat menyatakan maksud buruj : Gugusan bintang yang membentuk corak tertentu di langit pada waktu malam.
2. Mengenal jenis-jenis buruj : Pari, Biduk, Scorpion, Belantik.
3. Calon perlu dapat melukis buruj-buruj tersebut dengan betul dan dapat menandakan arah yang ditunjukkan oleh buruj sama ada utara atau selatan.
4. Dapat menjelaskan kegunaan buruj kepada bidang pertanian dan pelayaran.
5. KBAT : Dapat memberikan satu contoh lain selain dalam buku teks seperti buruj akuarius dan lain-lain.

* Untuk tajuk Mesin, calon perlu baca semua kerana skopnya terlalu luas*

Tajuk-tajuk lain yang tidak dibincangkan dalam blog ini bermaksud sudah keluar pada tahun 2016 dan 2017 dan ini tidak bermaksud ia tidak akan keluar lagi. Perlu juga baca untuk kertas 1.

Esok penulis akan menyambung untuk tajuk tahun 5, 4 dan 3


Dianalisis oleh : Cikgu Hasrun - skjdk2018





1 comment:

  1. Penulis mengalu-alukan komen daripada semua guru sains dan amat menghargai segala maklumat yang ingin dikongsi bersama

    ReplyDelete

Lawatan Ke Pusat Sains Wilayah Utara, Gunung Keriang.

Lawatan Ke Pusat Sains Wilayah Utara Gunung Keriang, Kedah Darul Aman Tarikh : 1 Oktober 2018 Masa : 8.00 a.m to 1.45 p.m Guru Pe...