Sunday, September 23, 2018

Analisa Sains Tajuk Tahun 5

Analisa Tajuk Tahun 5

Tajuk   :  Proses Hidup Haiwan

Pada tahun 2016 telah naik tajuk ini berkaitan cara haiwan melindungi diri daripada musuh, tetapi kali ini penulis beranggapan subtopik dari tajuk yang sama berpotensi naik iaitu bagaimana haiwan mengekalkalkan kemandirian spesies. Jom kita tengok subtopik yang boleh diuji.....
Murid perlu tahu .....

1. Menyatakan cara haiwan membiak : bertelur & melahirkan anak.

2. Cara haiwan memastikan spesiesnya tidak pupus.... cuba beri contoh seperti buaya, cicak, belalang menyembunyikan telur, nyamuk dan penyu bertelur banyak, katak telur diselaputi lendir, ....harimau, lembu menyusukan anak, ayam dan kucing menyerang musuh apabila anaknya diganggu musuh, ...
3. Menerangkan maksud kemandirian spesies : Bagaimana cara haiwan memastikan spesiesnya kekal dan tidak pupus di alam ini.
4. Dapat menyatakan kepentingan kemandirian spesies kepada hidupan lain dan kepentingan dalam siratan makanan serta ekosistem alam.

* Untuk subtopik ini siratan makanan telah naik pada tahun 2017*



Tajuk   : Proses Hidup Tumbuhan

Skop tajuk ini agak luas namun murid perlu lebih banyak membaca daripada bahan-bahan luar selain buku teks untuk menambah idea semasa menjawab...

Murid perlu tahu ...

1. Dapat menyatakan cara tumbuhan memencarkan biji benih berserta contoh-contoh : Melalui haiwan dan manusia - rambutan dan langsat, melalui air - teratai, kelapa, melalui angin - lalang, angsana, melalui mekanisme letupan - buah getah, buah saga, keembung.

2. Dapat menyatakan ciri-ciri buah/tumbuhan yang disebarkan melalui cara di atas dengan betul.
3. Membuat ramalan cara buah/tumbuhan disebarkan berdasarkan fakta yang diberi.

Selain itu....

4. Murid perlu kuasai ciri-ciri khas tumbuhan melindungi diri daripada musuh dan cuaca melampau.
Contoh : duri tajam - kaktus , semalu.... getah - nangka, betik, mangga.... bulu halus - buluh, tebu... menggulungkan daun - kunyit, pokok pisang...
5. KBAT - murid dapat menjana idea kepentingan ciri-ciri khas ini terhadap hidupan lain.

Tajuk  : Tenaga

Apa yang perlu murid ketahui dan apa yang boleh diuji dalam tajuk ini.

1. Definisi tenaga
2. Sumber-sumber tenaga ( COBAAM - BBB )
3. Bentuk-bentuk tenaga ( Suria Binti Hassan Cuba Nak Elak Kereta Kancil Kecil )
4. Tenaga tidak boleh dihapuskan tetapi boleh berubah bentuk.
5. Kepentingan tenaga kepada hidupan lestari dan bagaimana mengguna tenaga secara berhemah.
6. Mengelaskan tenaga kepada sumber tenaga boleh diperbaharui (COBAAM) dan tidak boleh diperbaharuai (BBB).
7. KBAT- menjana idea kesan jika menggunakan sumber tenaga secara tidak berhemah dan kesan kepada kehidupan lestari manusia.
8. Melakar secara kreatif perubahan bentuk tenaga melalui alat-alat kegunaan harian di rumah.

Tajuk  : Sifat Cahaya

Pemburuan yang lama tapi masih belum keluar, hehhehehe....

Murid perlu kuasai .... 
1. Sifat-sifat cahaya dan contoh aplikasinya : cahaya bergerak lurus, cahaya boleh dibiaskan, cahaya boleh dipantulkan.
2. Faktor-faktor mempengaruhi saiz bayang-bayang dan bentuk bayang-bayang. 
3. Dapat membuat kesimpulan dengan sempurna tentang faktor-faktor yang mempengaruhi saiz dan bentuk bayang-bayang.
4. Memberi contoh-contoh fenomena cahaya boleh dibiaskan seperti kedudukan duit syiling dalam kolam dan pensel dalam gelas berisi separuh air.
5. KBAT - merekacipta alat berdasarkan sifat cahaya, aplikasi penggunaan alat dalam kehidupan seharian.

Tajuk  : Elektrik 

Tajuk yang sangat popular dan diberi tumpuan oleh banyak negeri dalam percubaan UPSR.

Murid-murid perlu kuasai ....

1. Semua sumber tenaga elektrik  seperti akumulator, sel kering, janakuasa hidroelektrik, generator, dinamo, sel suria.

2. Dapat membina litar elektrik bersiri dan selari serta label yang betul.
3. Dapat membezakan kecerahan mentol dalam kedua-dua litar.
4. Dapat menyatakan perubahan kecerahan mentol jika mengubah bilangan mentol atau bilangan sel kering atau susunan mentol dalam litar.
4. KBAT - menyatakan kesan-kesan kecuaian pengendalian peralatan elektrik dengan cara tidak betul, menyatakan pentingnya menggunakan peralatan elektrik yang menjimatkan tenaga.
5. KBAT - menjana idea untuk memilih litar yang sesuai untuk dipasang di rumah bagi menjimatkan elektrik.
6. KBAT - Langkah-langkah yang perlu di ambil jika peralatan elektrik di rumah rosak.

Tajuk  : Haba

Tajuk yang berkaitan bentuk tenaga. Apa yang perlu diketahui....

1. Dapat menyatakan maksud suhu dan unit piawai : Ukuran darjah kepanasan bagi sesuatu bahan / unit darjah celsius.

2. Boleh menyukat suhu dengan cara yang betul dan menyusun mengikut langkah-langkah yang betul mengikut buku teks.
3. Menguasai prinsip haba iaitu pepejal, cecair dan gas mengembang apabila menerima haba, objek berasa panas dan suhu meningkat....pepejal, cecair dan gas mengecut apabila kehilangan haba, objek rasa sejuk dan suhu menurun.
4. Dapat membuat pemerhatian dan kesimpulan daripada eksperimen pengembangan dan pengecutan bahan.
5. KBAT - aplikasi kepentingan prinsip haba dalam kehidupan seharian : ruang antara sambungan landasan keretapi, kabel dipasang kendur, cecair dalam bebuli termometer.

Tajuk  : Jirim

Tajuk perubahan jirim telah keluar pada tahun2016. Apa kata kita tumpu kepada proses perubahan kitaran air. 

1. Soalan akan berkaitan proses perubahan keadaan air dari segi prinsip menerima dan kehilangan haba.

2. Dapat menghubungkaitkan perubahan keadaan air dengan pembentukan awan dan fenomena hujan. Proses perubahan terlibat ialah kondensasi dan penyejatan.
3. KBAT - kepentingan kitaran air kepada hidupan dan bagaimana menguruskan sumber air dengan betul dan berhemah.
4. Dapat meluaskan pengetahuan faktor-faktor menyebabkan pencemaran air : tumpahan minyak, pembuangan sisa toksid, pembuangan sampah sarap, 

Tajuk  : Bumi, Bulan dan Matahari

Satu tajuk yang perlu imaginasi yang kuat. Apa perlu murid kuasai ? Soalan boleh diuji .... 

1. Menyatakan Bumi berputar pada paksinya dari barat ke timur. Kesan putaran : kejadian siang dan malam, kedudukan bayang-bayang berubah, panjang bayang-bayang berubah, kedudukan Matahari seolah-olah berubah.
2. Menyatakan Bumi beredar mengelilingi Matahari mengikut orbitnya dari barat ke timur : 365 1/4 hari.
3. Dapat memahami simulasi kejadian siang dan malam. 
4. Dapat menjana idea kesan disebabkan oleh putaran dan peredaran Bumi serta melibatkan Bulan dan Matahari.

*Fasa-fasa Bulan telah keluar tahun 2017*


Tajuk   : Teknologi ( Kekuatan dan kestabilan )

1. Cuba fahami maksud kestabilan dan kekuatan.

2. Dua faktor mempengaruhi kestabilan : Luas tapak struktur , ketinggian struktur. ( Kuala Lumpur )
3. Dua faktor mempengaruhi kekuatan struktur : Jenis bahan binaan , bentuk model binaan ( Johor Baharu ).
4. KBAT - mencipta struktur yang stabil atau kuat berdasarkan bahan yang diberi : konkrit, simen, batu, kayu, plastik.
5. Dapat membuat pemerhatian, hipotesis, inferens, kesimpulan berdasarkan eksperimen dalam buku teks.
6. KBAT - menambah baik model sedia ada supaya lebih stabil atau kuat.
7. KBAT - kepentingan / kebaikan kepada manusia sejagat dalam membina bangunan yang kuat atau stabil : Tiada kehilangan nyawa, jimat kos. 



Analisa dibuat oleh : Cikgu hasrun SKJDK

No comments:

Post a Comment

Lawatan Ke Pusat Sains Wilayah Utara, Gunung Keriang.

Lawatan Ke Pusat Sains Wilayah Utara Gunung Keriang, Kedah Darul Aman Tarikh : 1 Oktober 2018 Masa : 8.00 a.m to 1.45 p.m Guru Pe...